Alhamdulillah,
setelah 4 tahun berada di bumi bertuah UTM, akhirnya aku berjaya menamatkan
pelajaran dalam IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM PANGKALAN DATA).
Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya milik Allah kerana hanya dengan
izinNya aku dapat memperoleh ijazah ini. Terima kasi tak terhingga kepada ayah
bonda yang banyak support sepanjang aku berada kat sana. Yang sentiasa bagi
kata-kata semangat semasa tengah down, yang sentiasa mendoakan, yang paling
penting, sentiasa support duit poket. Hihi.
Terima
kasih jua kepada sepupu aku, Kak Ju yang banyak membantu sepanjang berada kat
sana. Banyak menyusahkan sebenarnya haha. Time tengah serabut, boleh mitak nk g
lepak umah dia. Tu time dah serabut sangat dan xde keje la. Sampai satu tahap
dulu, dia siap boleh bawak pegi family day sekolah dia kat Desaru. Sampai la
jugak ke sana ye. Haha. Terima kasih banyak2 Kak Ju. Moga Allah permudahkan
segala urusan Kak Ju dan menghantar seorang lelaki yang dapat jaga Kak Ju
dengan baik nanti. Jangan workaholic sangat la. Haha
Terima
kasih yang tak berbelah bagi jugak buat Geng SCSD 2011-2015, Alhamdulillah kita
GOT sama2 terutama kepada Geng Mr Po, kawan2 yang paling rapat (rapat ke?)
Fairuz, Fatin, Damo, Viera.
Terima
kasih Fairuz bagi saya naik Mr Po awak sepanjang berada di UTM, banyak berjasa
sungguh Mr Po kepada saya. Sampai ke Rompin kan Mr Po bawak saya. Juah tu.
Nanti saya nak naik Mr Po lg ye.
Terima
kasih Fatin bawak pusing2 JB, biasa la budak kampung ni, baru nak merasa duk
Bandar. Haha. Ada masa kita pusing2 JB lagi ye.
Terima
kasih Damo selalu bawak ABC Kampung Melayu dulu.. ahhh rindu nk makan ABC
Kampung Melayu. Ada masa kita g makan sama ye.
Terima
kasih Viera yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik, bersungguh2 dalam
melakukan apa jua kerja. Sentiasa nak kerja tiptop kan. First time dapat kawan
dari Sarawak, nnt aku nk jalan2 Sarawak,
tlg jd tourist guide ye..
Satu je
impian kita yang tak kesampaian, Nak melancong bersama2, ada masa nanti kita
planning baik punya ye.
Ok dah siap
dedikasi untuk Mr Po, kita beralih kepada orang2 yang sentiasa bagi kata2
semangat, yang tak pernah jemu nk dengar cerita aku
Terima
kasih buat Salwa, yang sentiasa dengar keluh kesah aku. Teman main masak2 kt
blok, teman makan sambil tengok Jumanji, yang tolong bersihkan kipas aku pun
kau, yang tolong alihkan meja aku pun kau. Terima kasih sungguh2. Walau kita x
grad sama, aku x kisah. Yang aku kisah, kau kena habiskan degree no matter what
happen. Kalu x, siap la kau, aku cari kat umah nnt.
Terima
kasih Dayah, Syu, Li yang bagi aku menumpang masa sem akhir. Entah sejak bila
kita rapat. Tapi sungguh aku berterima kasih kepada Allah sebab hadirkan kalian
dalam hidup aku. Kalian banyak bantu aku siapkan projek akhir. Aku rindu nak lepak bilik kalian lagi mcm
dlu. Hihi
Terima
kasih juga kwn2 SCSD yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis masin
masam sepanjang berada di UTM. Moga perjalanan kita lepas ini, sentiasa dalam
rahmat Ilahi. Moga dapat kerja hebat2 ye semua, nanti boleh open table. Haha
Tak
dilupakan juga, terima kasih buat lecturers yang banyak memberi tunjuk ajar.
Yang banyak menegur kami bila mana kami melakukan kesalahan, kesilapan. Teguran
dari lecturers sangat2 membantu kami untuk membaiki diri. Terima kasih yang tak
terhingga kepada Dr Rozilawati, Dr Hawaniah, Dr Halina, Dr Zaidi, Dr Nazir, Dr
Hidayati, Dr Aryati.. Ramai je lagi, x mampu nak sebut semua. Hihi