"Umi!!!!"
Khalid menjerit nyaring.
Sebaris
rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang
bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan,
mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu
berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka
bumi ini.
"Umi!!!"
Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak
berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan
bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan
kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang
paling dikasihinya.
"Khalid..
Khalid anak umi..."
Suara
lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang
dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli
keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili,
Nur Laili mendakapnya senang...
"Umi,
Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."
* * *
"Khalid...
Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"
Kedengaran
suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja
keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
"Umi,
Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...
"Abi,
kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid
bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman
Al-Farisi.
Salman
Al-Farisi menarik nafas panjang.
"Kita
kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid.
Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di
masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila
bersatu, kita akankuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba
menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
"Tapi
abi...."
"Kenapa
Khalid?"
"Kenapa
dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni
banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa
orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman
Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam
seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah
pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
"Khalid...
Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar
cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah,
baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"
Angguk.
"Macam
tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi
manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang
ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah.
Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."
"Abi,
Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.
"Ya
sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang
yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia
rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan
buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk
bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
"Macam
abang-abang?" Khalid bertanya lagi.
Terlalu
perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5
orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di
jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana
mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
"Abi....."
Khalid
mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.
Lamunan
Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak
di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang
di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
Allah...
lindungilah anak yang tidak berdosa ini...
Salman
Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid
yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di
bahu abi tercinta...
* * *
Pom!
Pom!
Bunyi
ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat.
Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi
akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera
kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.
Khalid
mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid
mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di
tatapnya. Dan...
"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Khalid
meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman
Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir
membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
"Abi...
Kenapa tinggalkan Khalid..."
Pandangan
Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...
* * *
"Umi..."
Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nur
Laili yang asyik mengelamun tersentak.
"Ya
sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala
Khalid. Penuh kasih.
"Kenapa
negara Islam yang lain tak bantu kita?"
Nur
Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan
kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di
sisi.
"Mereka
bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."
"Tapi
umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"
Nur
Laili tersentak sekali lagi.
"Umi..."
Perlahan, Khalid memanggil.
"Ya
sayang..."
"Adakah mereka mendoakan kita?".
"Siapa?"
"Semua
orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Nur
Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.
Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami
yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.
"Umi..."
Khalid
memanggil lagi.
"Ya..."
"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti
apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan
seperti kita?".
"Siapa?"
"Semua
orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Diam.
"Umi.."
"Ya
nak.."
"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?". Khalid
yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat
tangan wanita solehah itu.
"Siapa?"
"Semua
orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Ayat
yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi
air...
"Umi
tidak tahu sayang..."
''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.
"Umi..."
"Ya
sayang..."
Nur
Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai
suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...
"Umi...
Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera
sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"
"Ya
sayang.."
"Jadi
mengapa kita digelar pengganas umi?"
Nur
Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi
setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor
media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga
segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu
keadaan saudara mereka ketika ini...
"Kenapa
umi menangis?"
Khalid
yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap
air mata itu..
"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi
saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan
umi?".
Angguk.
Pom!!!.
Ledakan
peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan
kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis..
Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap
sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
"Umi,
siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."
Tentera-tentera
kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak
kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan
keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di
genggam kemas, dan..
"Aku
mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan
melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu
juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid
rebah di samping uminya...
"Umi....
Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."
Dan mata
Khalid terpejam jua, untuk selamanya....
bebelan : layakkah kita bergelar saudara andai kita tidak dapat membantu mereka hatta dengan doa sekalipun
0 comments:
Post a Comment