Rahsia
Amalan menjadi Wanita Solehah Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi
wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang
wanita solehah.Disini tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh
diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:
1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh
diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan
rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat
pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan
itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu
melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini
bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.
3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian
atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi
apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita
bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran,
apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu
kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia
apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara
seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu
Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan
menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi
perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan
Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu
Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan
kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti
amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang
tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau
kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan
memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan
Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan
bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!
#inilaah tips untuk menjadi wanita solehah , para sahabat HAWA ana , mari kita
amalkan , Insyaallah , semoga di permudahkan oleh Allah ^^"
Kopi&Pasta : HelizaHelmi
0 comments:
Post a Comment