#1 Belasungkawa Mek (Nenek) =(
Allahu Rabi, aku terlalu merindui dia.. Allah, tempatkan dia di tempat org2 yg soleh.. Moga dikau bahagia berada di sisi Tuhan kita,Allah yang Esa...
Coretan ini dibuat agar aku sentiasa mengingati dia yg telah pergi menghadap Ilahi.. Ya Allah, sampaikan rindu aku kepada dia..
Semasa cuti sem yang lepas, sepanajang masa aku telah habiskan utk bersama arwah Mek.. Sesungguhnya aku bahagia ya Allah kerana memberi aku peluang bersama dgn arwah Mek masa hari2 terakhir dia... Allahu Allah...
Isnin (20/1/2013)
Aku bersama arwah Mek dan Cik Doh sekeluarga, kami bertolak ke KL.. Keluar dr rumah agak awal..tp kali singgah sekektika di rumah kakak Cik Sin (Suami Cik Doh) utk melawat ibunya yang sedang tidak sihat.. sempat aku melawat Wan (ibu Cik Sin) sebelum dia kena operate. Pukul 1 tgh hari kami bertolak dr KB.. Lebih kurang pukul 4 ptg, kami sampai di Gua Musang, berhenti solat n makan seketika..
Lbh kurang pukul 8/9 mlm, kami sampai di Selayang, Cik Mer wat sambutan birthday utk Ammar n Balqis.. Malam tersebut aku tidur di Selayang sehingga hari Khamis.. Memandangkan hari Khamis cuti Umum sempena Maulidur Rasul, Cik Mer hantar aku ke Sungai Besi (umah Cik Doh)..
Berada di sana sehingga hari Isnin... Pada hari Sabtu/ Ahad, kami bergerak ke tempat Majlis Perkahwinan seorang saudara di sana.. Pada malam sebelumnya arwah Mek telah menghadiri majlis akad nikah saudara tersebut.. Pulang agak lewat kerana kedua-dua belah pihak asyik berbalas pantun..
Isnin (27/1/2013)
Malamnya, aku dan arwah Mek bertolak ke Jitra.. ke rumah Su n Pak Su.. Perjalanan terasa begitu lama sekali.. Sebelum sampai Alor Star, kami terpaksa tukar bas.. Dah sampai di Stesen Bas Alor Star, sekali lagi kami trpaksa tukar bas sekali lagu utk ke Jitra... Kesian Mek..
Selasa (28/1/2013)
Lebih kurang pukul 7 pg, kami sampai di Taman Gemilang, Jitra. Hari tersebut, Mek x bagi Mak Su hantar Naufal (sepupu) ke sekolahnya.. Mek minta Naufal tinggal di rumah je.. Baru kami tahu yang hanya hari tu je Mek dapat main dengan Naufal.. . Asyik tidur je.. Malamnya, kami semua bertungkus lumus menyiapkan nasi kerabu yang Mak Su nak bawa ke pejebatnya..
Rabu (29/1/2013)
Esoknya, Mek sakit kaki sepanjang hari, Mek tak buat apa2 pun.. Terbaring je..
Malamnya.pukul 1 pagi, aku yang baru tertidur, terdengar Mek memanggil, "Asiah, Asiah".. Aku yang masih mamai terasa pelik.. Kenapa mek tiba2 panggil orang yang xde kt rumah tu ketika tu.. Aku pun bertanya "Kenapa Mek??" Mek jawab, "Mek nak muntah".. kelam kabut aku mencari plastik..
Alhamdulillah masa tu, Pak Su tak tidur lg, dia panggil Mak Su yang sedang tidur kt bilik atas.. Selepas Mak Su dah turun, aku sambung tidur.. Aku taw malam tu Mak Su langsung tak tidur.. Aku yang sekejap-kejap terjaga, asyik terdengar Mek meracau-racau
~ Mek :"Nuh tgk anak mung tu"
~ Mak Su : Sape mek??
~Mek : hok kecik mung tu la.. duk main pinggan..
Allahu Rabbi, masa tu aku ngan Mak Su sgt gelabah sbb Mek x pernah macam tu.. Sedih sgt rasa..
Khamis (30/1/2013)
Pagi2 lagi kami bersiap utk hantar nenek ke Hospital Jitra.. Sebelum pegi hospital Mek asyik bertanya, sape yg jaga rumah, beg dia kt mana, simpan la beg dia.. Sampaikan aku ngan Mak Su xtaw nk buat apa.. Sampai di Hospital Jitra, Doktor cuma bg sejarum ubat pening.. n biarkan Mek tidur sampai pening dia hilang.. Sayu hati je tgk Mek masa tu.. Mek tidur sampai dia rasa ok ckt.. Lps tu, kami blk, berehat kt umah plak..Dah balik rumah, aku, Mak Su ngan Mek sume tertidur dgn lenanya.. Naufal ngan Pak Su xde kat umah..
Sepanjang hari tu, Mek mmg tidur je.. Jenuh nk suruh bangun, nak suruh makan nasik.. sume tak nak.. Pening sgt katanya.. Malam tu, Mak Su call Mak kt umah.. cakap Mek tak sihat.. Mak Su dah ckp kt aku, kalau Mek tak OK lg, dia nk hantar kami blk kg hari Jumaat tu.. Masa call Mak, mek ckp sendri ngan Mak.. Mek minta Mak datang ambil dia kt Jitra. Dia nak balik rumah..
Jumaat (31/1/2013)
Mak dtg dr Kelantan ke Jitra... Mek duk meracau2.. macam2 benda yang Mek sebut. Aku ngan Mak Su dah risau sgt sbbnya kami ni tak tau pape... Org muda la katakan... Mak sampai rumah Mak Su dah lewat ptg.. Cik Yah(Asiah) pun ikut sama...
Sabtu (1/2/2013)
Kami bertolak pulang ke Kelantan.. Sepanjang perjalanan Mek tidur je.. tp hari tersebut, keadaan Mek dah OK sikit.. Kami ingatkan akan bertambah baik... Tapi Allah jua yang menyusun Qada' dan Qadar kita...
0 comments:
Post a Comment