Thursday 5 November 2015

#KonvoUTM55




   Alhamdulillah, setelah 4 tahun berada di bumi bertuah UTM, akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran dalam IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM PANGKALAN DATA).

    Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya milik Allah kerana hanya dengan izinNya aku dapat memperoleh ijazah ini. Terima kasi tak terhingga kepada ayah bonda yang banyak support sepanjang aku berada kat sana. Yang sentiasa bagi kata-kata semangat semasa tengah down, yang sentiasa mendoakan, yang paling penting, sentiasa support duit poket. Hihi. 

Terima kasih jua kepada sepupu aku, Kak Ju yang banyak membantu sepanjang berada kat sana. Banyak menyusahkan sebenarnya haha. Time tengah serabut, boleh mitak nk g lepak umah dia. Tu time dah serabut sangat dan xde keje la. Sampai satu tahap dulu, dia siap boleh bawak pegi family day sekolah dia kat Desaru. Sampai la jugak ke sana ye. Haha. Terima kasih banyak2 Kak Ju. Moga Allah permudahkan segala urusan Kak Ju dan menghantar seorang lelaki yang dapat jaga Kak Ju dengan baik nanti. Jangan workaholic sangat la. Haha

  Terima kasih yang tak berbelah bagi jugak buat Geng SCSD 2011-2015, Alhamdulillah kita GOT sama2 terutama kepada Geng Mr Po, kawan2 yang paling rapat (rapat ke?) Fairuz, Fatin, Damo, Viera. 

Terima kasih Fairuz bagi saya naik Mr Po awak sepanjang berada di UTM, banyak berjasa sungguh Mr Po kepada saya. Sampai ke Rompin kan Mr Po bawak saya. Juah tu. Nanti saya nak naik Mr Po lg ye. 

Terima kasih Fatin bawak pusing2 JB, biasa la budak kampung ni, baru nak merasa duk Bandar. Haha. Ada masa kita pusing2 JB lagi ye. 

Terima kasih Damo selalu bawak ABC Kampung Melayu dulu.. ahhh rindu nk makan ABC Kampung Melayu. Ada masa kita g makan sama ye. 

Terima kasih Viera yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik, bersungguh2 dalam melakukan apa jua kerja. Sentiasa nak kerja tiptop kan. First time dapat kawan dari Sarawak, nnt aku nk jalan2 Sarawak,  tlg jd tourist guide ye..

Satu je impian kita yang tak kesampaian, Nak melancong bersama2, ada masa nanti kita planning baik punya ye.

Ok dah siap dedikasi untuk Mr Po, kita beralih kepada orang2 yang sentiasa bagi kata2 semangat, yang tak pernah jemu nk dengar cerita aku

Terima kasih buat Salwa, yang sentiasa dengar keluh kesah aku. Teman main masak2 kt blok, teman makan sambil tengok Jumanji, yang tolong bersihkan kipas aku pun kau, yang tolong alihkan meja aku pun kau. Terima kasih sungguh2. Walau kita x grad sama, aku x kisah. Yang aku kisah, kau kena habiskan degree no matter what happen. Kalu x, siap la kau, aku cari kat umah nnt.

Terima kasih Dayah, Syu, Li yang bagi aku menumpang masa sem akhir. Entah sejak bila kita rapat. Tapi sungguh aku berterima kasih kepada Allah sebab hadirkan kalian dalam hidup aku. Kalian banyak bantu aku siapkan projek akhir.  Aku rindu nak lepak bilik kalian lagi mcm dlu. Hihi

Terima kasih juga kwn2 SCSD yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis masin masam sepanjang berada di UTM. Moga perjalanan kita lepas ini, sentiasa dalam rahmat Ilahi. Moga dapat kerja hebat2 ye semua, nanti boleh open table. Haha

Tak dilupakan juga, terima kasih buat lecturers yang banyak memberi tunjuk ajar. Yang banyak menegur kami bila mana kami melakukan kesalahan, kesilapan. Teguran dari lecturers sangat2 membantu kami untuk membaiki diri. Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Rozilawati, Dr Hawaniah, Dr Halina, Dr Zaidi, Dr Nazir, Dr Hidayati, Dr Aryati.. Ramai je lagi, x mampu nak sebut semua. Hihi
Wednesday 18 March 2015

Sahabat Itu Saling Menguatkan =D

 
 
 
 
       Sampainya hati awak nak tinggalkan saya awal daripada waktu yang sepatutnya. Siapa yang nak dengar segala masalah saya nanti? Siapa yang nak melayan segala permintaan pelik2 saya nanti? Siapa yang nak marathon muvie dengan saya nanti? Allahu. Saya masih terkejut dengan keputusan yang awak ambil ni, tapi saya harap keputusan yang awak ambil ni terbaik untuk awk. Moga Allah jagakan awak untuk saya. Ya, saya tau kita akan berpisah jua nanti, namun tidaklah seawal dan secepat ini.
 
        
       Awak sahabat saya yang sangat baik. Alhamdulillah, pelbagai kenangan yang mampu kita cipta sepanjang berada di sini. Kita pergi kelas tajwid sama-sama. Kita pergi Konsim sama-sama. Kita pergi program ilmu sama-sama. Kita pergi kursus kahwin pun sama-sama. Haha. Ajak awak pergi MSI secara tiba-tiba sebab stress, jalan kaki pulak tu. dah la jauh, sanggup je awak layan apa yang saya minta. Awak sentiasa cuba untuk ada bila saya perlukan awak kan? 
 
 
       Saya harap, persahabatan yang kita bina ini kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Dia. Kita bertemu di tempat yang penuh barakah ini, Moga kita akan berjumpa lagi di tempat yang barakah jua.  Saya mahu awak tahu, saya insyaAllah sentiasa ada untuk support awak. Apa-apa hal nanti, datang cari saya ye.
 
 
 
 

 
 
 
Friday 5 September 2014

MUM ='(




Mum

By :  Farid Sanullah

Maa, the pain of carrying
All for my beginning
The tears the constant worrying

Maa, the first step that I took
My first gobbledygook
The first face I saw I was hooked

Sea of green, sunken ships
Treasure troves, lost and found
Skies of blue, rainbows end
Searching for that heart of gold

Maa, I ran away from home
And left you all alone
Maa, all alone to moan
All alone to moan and moan

Maa, whenever I should fall
And all I do is call
In no time, I feel ten feet tall

Maa, how deep your emotion
As vast as the ocean
Your love your absolute devotion

Maa, my happiness your wish
But I was so selfish
I lament what I should have cherished

Maa, what was your cost your price
For all your sacrifices
You deserve the Nobel Peace Prize

Rubies and pearls
Emeralds
Gold and diamonds
Jewel in the crown
Can’t replace your loving grace
Everlasting guiding light

Maa, not a day goes by
I think of the tears I made you cry and cry
Maa, your love will never die

Maa, the pain of carrying
All for my beginning
The tears the constant worrying

Maa, the first step that I took,
 My first gobbledygook
The first face I saw I was hooked. 


notakaki (note) : please buy the original CDs of Farid Sanullah
Friday 22 August 2014

Bersahabat Hingga Syurga =D












Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas rahmatMU yang satu ini. Aku bahagia dikurniakan sahabat sebaik dan sehebat ini. Moga persahabatan kita membawa ke syurga. Moga kalian mampu menjadi saksi aku di akhirat kelak.. Sahabat2 yang sentiasa rindukan majlis ilmu.. yang saling menghebahkan jika ada majlis ilmu. Sahabat2 yang bersama2 berjalan kaki ke DSI, ke MSI, ke DC, ke N24.. Ketahuilah, sungguh aku sayang kalian dari dunia sampai akhirat.. InsyaAllah. 
 
Utk sem depan aku tidak mampu untuk bersama kalian. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jumpa di sem akhir kelak.. Teruskan perjuangan ye. Sungguh, rindu ini selalu bercambah untuk bersama-sama kalian di bumi UTM terchenta nan barakah. 
NotaKaki : Rindu aura UTM Berselawat =D

#takziahMH17

 
 
Allahu Allah.. Sebak melihat gambar yg diambil sepanjang proses pengebumian mangsa tragedi MH17. Moga dikau tenang di sana. Sungguh Allah jualah yang menentukan semua perkara, pasti ada hikmah di sebaliknya. Perangan Allah itu yang terbaik. Usah risau. Kalian beruntung kerana meninggal pada bulan Ramadan, bulan penuh rahmat. Moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Kalian kuat sebab itulah Allah menduga kalian sehebat ini. Sungguh aku cemburu.
 
~ Ya Allah, Engkau rahmatilah roh-roh mangsa tragedi MH17 dan tempatkanlah mereka di tempat orang-orang yang soleh. Rahmatmu tidak terhingga. Rahmati jua kami yang hidup ini yang masih mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu. Limpahkan segala rahmat kurniaMu kepada kami semua. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang tak termampu untuk kami menghitung ~
 


 
 
Anak-anak mangsa yang masih kecil, duhai adik, kalian yang mampu terus-menerus menerangi kubur ibu/bapa kalian. Sentiasalah hantar doa kepada mereka. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh-solehah yang mampu membawa ibu bapa kalian ke syurga kelak. InsyaAllah. 
 
~ Ya Allah kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau memberikan ujian yang mampu dilalui oleh hamba-hambaMu. Kuatkan mereka, tabahkan hati mereka untuk meneruskan kehidupan ini untuk sentiasa menggapai rahmatMu agar mampu untuk tinggal di SyurgaMu kelak. Kuatkan kami dan kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuat, maka berikan kekuatan kepada kami ~
Tuesday 25 March 2014

#PrayForMH370

Innalillah hiwainna ilaihirojiun..
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.
Setelah sekian lama misi mencari #MH370 dilakukan, sekejap td, PM DS Najib mengumumkan bahawa #MH370 ended in Indian Ocean.. Allahu Rabbi, berlinangan air mata ketika menonton PC #MH370, aku yang hanya org biasa, tiada keluarga pun dalam pesawat tu x terucap perasaanku, apakan lagi perasaan ahli keluarga mangsa. 
Moga diberikan ketabahan hati untuk menerima perkhabaran ini. Allah lebih menyayangi mereka. 
Moga dipermudahkan juga urusan untuk meneruskn pencarian pesawat #MH370. 
Moga Allah permudahkan semuanya. 





notakaki : Namun di sudut kecil hati masih mengharapkan keajaiban. Kuasa Allah tiada siapa yang mampu sangkal.