Wednesday 18 March 2015

Sahabat Itu Saling Menguatkan =D

 
 
 
 
       Sampainya hati awak nak tinggalkan saya awal daripada waktu yang sepatutnya. Siapa yang nak dengar segala masalah saya nanti? Siapa yang nak melayan segala permintaan pelik2 saya nanti? Siapa yang nak marathon muvie dengan saya nanti? Allahu. Saya masih terkejut dengan keputusan yang awak ambil ni, tapi saya harap keputusan yang awak ambil ni terbaik untuk awk. Moga Allah jagakan awak untuk saya. Ya, saya tau kita akan berpisah jua nanti, namun tidaklah seawal dan secepat ini.
 
        
       Awak sahabat saya yang sangat baik. Alhamdulillah, pelbagai kenangan yang mampu kita cipta sepanjang berada di sini. Kita pergi kelas tajwid sama-sama. Kita pergi Konsim sama-sama. Kita pergi program ilmu sama-sama. Kita pergi kursus kahwin pun sama-sama. Haha. Ajak awak pergi MSI secara tiba-tiba sebab stress, jalan kaki pulak tu. dah la jauh, sanggup je awak layan apa yang saya minta. Awak sentiasa cuba untuk ada bila saya perlukan awak kan? 
 
 
       Saya harap, persahabatan yang kita bina ini kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Dia. Kita bertemu di tempat yang penuh barakah ini, Moga kita akan berjumpa lagi di tempat yang barakah jua.  Saya mahu awak tahu, saya insyaAllah sentiasa ada untuk support awak. Apa-apa hal nanti, datang cari saya ye.