Friday 22 August 2014

Bersahabat Hingga Syurga =D












Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas rahmatMU yang satu ini. Aku bahagia dikurniakan sahabat sebaik dan sehebat ini. Moga persahabatan kita membawa ke syurga. Moga kalian mampu menjadi saksi aku di akhirat kelak.. Sahabat2 yang sentiasa rindukan majlis ilmu.. yang saling menghebahkan jika ada majlis ilmu. Sahabat2 yang bersama2 berjalan kaki ke DSI, ke MSI, ke DC, ke N24.. Ketahuilah, sungguh aku sayang kalian dari dunia sampai akhirat.. InsyaAllah. 
 
Utk sem depan aku tidak mampu untuk bersama kalian. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jumpa di sem akhir kelak.. Teruskan perjuangan ye. Sungguh, rindu ini selalu bercambah untuk bersama-sama kalian di bumi UTM terchenta nan barakah. 
NotaKaki : Rindu aura UTM Berselawat =D

#takziahMH17

 
 
Allahu Allah.. Sebak melihat gambar yg diambil sepanjang proses pengebumian mangsa tragedi MH17. Moga dikau tenang di sana. Sungguh Allah jualah yang menentukan semua perkara, pasti ada hikmah di sebaliknya. Perangan Allah itu yang terbaik. Usah risau. Kalian beruntung kerana meninggal pada bulan Ramadan, bulan penuh rahmat. Moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Kalian kuat sebab itulah Allah menduga kalian sehebat ini. Sungguh aku cemburu.
 
~ Ya Allah, Engkau rahmatilah roh-roh mangsa tragedi MH17 dan tempatkanlah mereka di tempat orang-orang yang soleh. Rahmatmu tidak terhingga. Rahmati jua kami yang hidup ini yang masih mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu. Limpahkan segala rahmat kurniaMu kepada kami semua. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang tak termampu untuk kami menghitung ~
 


 
 
Anak-anak mangsa yang masih kecil, duhai adik, kalian yang mampu terus-menerus menerangi kubur ibu/bapa kalian. Sentiasalah hantar doa kepada mereka. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh-solehah yang mampu membawa ibu bapa kalian ke syurga kelak. InsyaAllah. 
 
~ Ya Allah kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau memberikan ujian yang mampu dilalui oleh hamba-hambaMu. Kuatkan mereka, tabahkan hati mereka untuk meneruskan kehidupan ini untuk sentiasa menggapai rahmatMu agar mampu untuk tinggal di SyurgaMu kelak. Kuatkan kami dan kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuat, maka berikan kekuatan kepada kami ~