Sunday 24 March 2013

#2 Belasungkawa Mek (Nenek) =(


sambungan...

Sabtu (2/2/2013)
Petangnya, kami sampai rumah setelah menempuh liku2 Grik yg memeningkan kepala.. Malam tersebut, aku tidur berdua je dgn arwah Mek.. Kali pertama dia nk ke toilet, aku blh bgn lg, aku ckp tgu kejap nk pgl Mak nk bwk dia ke toilet.. sbb aku sorang je mana nk larat, dia ckp blh je... Kali kedua dia bgn, aku dah tak mampu nk buka mati.. Ketuk pintu blk Mak, aku terus tidur.. Mak yg bwk Mek ke toilet.. 

Ahad (3/2/2013)
Ummi (mak cik) and Abah (pak cik) bwk Mek ke Klinik Kesihatan Tumpat utk check keadaan Mek + nk sambung ubat darah tinggi.. kt Klinik, doctor ckp Mek ok je, cuma darah terlalu pekat.. 2 botol air garam dimasukkan ke dalam bdn Mek.. 2 kali mek g toilet.. Masa Ummi n Abah blk sekejap, aku sorg je yg jaga Mek.. Mek asyik meracau.. tanya bila nak blk?? dia nak tutup tingkap rumah.. Masa ni keadaan Mek dah tak OK sgt dh... Ptg tu, sdare2 terdekat dtg, kakak Mek pun dtg.. Menangis2 kakak Mek tgk keadaaan Mek.. Malam tu, Mek asyik tertidur je.. Masa kami minta dia solat, dalam masa nak habiskan solat tu, boleh lg Mek tertidur..

Kebetulan Nadzirah (sepupu) duk baca Yaasin sambil2 wat keje sekolah dia, Mak minta kami sume baca Yaasin sama2 dgn Mek sbb x nak bagi dia tidur sambil2 tunggu nak solat Isyak.. Mek tak tgk pun Surah Yaasin tu.. Dia baca je sbb dah igt.. Aku yang duduk tepi dia rasa sedih sgt... Dah siap2 solat Isyak, Mek makan skt, pastu Mek duk pegang mulut dia, Buat2 mcm berkumur.. Kami semua dah pelik dah.. Apa yang Mek nak buat sebenarnya.. Nasib baiklah sebelum tidur malam tu, Mek dah tanggalakn dia punya gigi palsu.. Dalam pukul 10 mlm, Mek minta nk bangun, aku xtaw nk pegi mana .. Kebetulan Abah (ayah long) ade.. dia angkat Mek.. tak semena-mena aku rasa basah.. rupa-rupanya Mek dah terkencing... Aku tanya kenapa Mek tak bagitau awal2 nak kencing?? Mek ckp, xsempat nak bagitau.. Nasib baik la Ma (Mak Long) ada masa tu.. memandangkan Ma seorg nurse, dia tau mcm mana  nak urus org skt.. Dia yag tlg tukarkan kain, tlg pakaikan pampers.. For the first time mlm tu, Mek pakai pampers.. Lps dah siap2 tu, aku minta kebenaran nk tidur dlm blk kejap.. Nnt, kejut la, aku ckp kt Mak..Mgkn Mak kesian kt aku sbb letih sgt, Mak biar je aku tidur sampai pagi.. Malam tu, Mek tidur dgn Ummi.. Ni yang aku rasa terkilan sgt..

Isnin (4/2/2013)
Pagi tu, Ummi kejutkan Mek utk solat Subuh, langsung Mek tak bergerak, aku dah takot, Mal terpaksa pergi sekolah, Mak minta aku call Abah (Pak Long) ckp Mek tak nak bangun.. Ummi panggil sorg pak cik nak minta tolong tgkkn Mek... Pak cik tu ckp, ade benda yg ganggu Mek.. bila dia dah buang semua tu, dia ckp.. NI DAH TAK DE PAPE.. TUNGGU MASA JE..Allahu Rabbi, luluh hati aku dengar ayat tu.. Pagi tu jgk kami call sume anak2 Mek, minta balik.. Alhamdulillah ya Allah.. Mek dpt anak2 yg baik.. sume anak2 Mek blk utk tgk keadaan Mek, utk jaga Mek.. 

Tengah hari, Mek dibawa oleh ambulan ke Hospital.. Asalnya, kami cuma nk hantar Mek je Hospital Tumpat, mgkn keadaan Mek sgt x ok, Mek dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II(HRPZII)..

Aku tak berkesempatan nak pegi jenguk Mek sehinggalah..

Rabu (6/2/2013)
Alhamdulillah, pagi ni, aku diberi peluang utk jaga Mek.. sepanjang hari, dari pagi sampai malam, aku jaga Mek... Cuba utk berkomunikasi dgn Mek.. mgkn ni waktu2 terakhir aku dengan dia.. 

Malam menjelma, kaki Mek kelihatan biru.. teringat cerita kawan baik yang kaki arwah nenek dia kebiru-biruan sblm meninggal... Aku terasa sayu sgt.. Dalam hati, Kito ikhlaskn Mek gi, kalu ni time Mek gi.. tu je yg mampu aku rasakan.. Aku mahu dia pergi dgn tenang... Aku kalau blh x nk blk mlm tu.. tp memandangkan ak di sana dr pg.. mandi pun tidak.. aku minta diri utk pulang.. Sblm pulang, aku berbisik ke telinga Mek , "Mek kito blk dulu deh, Esok kito mari pulok".. Aku terkilan kerana aku lupa utk meminta maaf dr arwah Mek.. Aku pulang dengan hati yg berat.. Allah....

Khamis (7/2/2013)
Pagi tu, makcik2 aku bertanya, siapa yg nk g jaga nenek pg ni.. Aku dgn senang hati menawarkan diri.. Namun, Pijah (sepupu) nk pegi, aku bg peluang kpd dia utk jaga Mek, sbb smlm aku dah jaga.. Cik Doh minta aku pergi dgn dia ptg nanti.. 

Sebelum tgh hari, Mak Su call mengatakan , Mek akan dibawa ke rumah.. Aku dengan Cik Doh mengemas seelok mungkin rumah, utk menerima kepulangan Mek.. Namun, Allah telah berjanji, Bila mana tiba masa kematian seorang anak Adam itu, tidak akan awal sesaat pun dan tidak akan lewat walau sesaat pun... Kami menunggu dengan penuh sabar... Namun jiwa terasa pecah bila ambulan tiba di laman rumah, Ummi kelihatan lembik dan sedang menangis.. Bila nenek diangkat ke dalam rumah, seorang staf yg mengiringi mengatakan.. PESAKIT MUNGKIN DAH TAKDE.. PUKUL 12.15 TD, DIA MENARIK NAFAS PANJANGGGGG DAN LEPASKAN.. LEPAS TU, TIADA LAGI NAFAS YG DITARIK.. minta org2 kampung pastikan la pulak.. bila pakcik2 dah pastikan... Sesungguhnya janji Allah itu pasti.. 

MEK PERGI MENGADAP ILAHI PADA HARI KHAMIS 7/2/2013 DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH...

Aku menangis teresak2 dipelukan ayah.. Mek dah xde... =).. Allah...

Namun aku gembira sgt kerana Mek pergi pada hari Khamis mlm Jumaat.. Malam pertama Mek di alam sana adalah Malam Jumaat..

MOGA DIKAU TENANG DI SANA...

Raya terakhir kami dgn Mek

Pic terakhir.. Di Klinik Tumpat..

Saturday 23 March 2013

#1 Belasungkawa Mek (Nenek) =(


Allahu Rabi, aku terlalu merindui dia.. Allah, tempatkan dia di tempat org2 yg soleh.. Moga dikau bahagia berada di sisi Tuhan kita,Allah yang Esa...

Coretan ini dibuat agar aku sentiasa mengingati dia yg telah pergi menghadap Ilahi.. Ya Allah, sampaikan rindu aku kepada dia.. 


Semasa cuti sem yang lepas, sepanajang masa aku telah habiskan utk bersama arwah Mek.. Sesungguhnya aku bahagia ya Allah kerana memberi aku peluang bersama dgn arwah Mek masa hari2 terakhir dia... Allahu Allah... 


 Isnin (20/1/2013)
Aku bersama arwah Mek dan Cik Doh sekeluarga, kami bertolak ke KL.. Keluar dr rumah agak awal..tp kali singgah sekektika di rumah kakak Cik Sin (Suami Cik Doh) utk melawat ibunya yang sedang tidak sihat.. sempat aku melawat Wan (ibu Cik Sin) sebelum dia kena operate. Pukul 1 tgh hari kami bertolak dr KB.. Lebih kurang pukul 4 ptg, kami sampai di Gua Musang, berhenti solat n makan seketika..

Lbh kurang pukul 8/9 mlm, kami sampai di Selayang, Cik Mer wat sambutan birthday utk Ammar n Balqis.. Malam tersebut aku tidur di Selayang sehingga hari Khamis.. Memandangkan hari Khamis cuti Umum sempena Maulidur Rasul, Cik Mer hantar aku ke Sungai Besi (umah Cik Doh)..

 Berada di sana sehingga hari Isnin... Pada hari Sabtu/ Ahad, kami bergerak ke tempat Majlis Perkahwinan seorang saudara di sana.. Pada malam sebelumnya arwah Mek telah menghadiri majlis akad nikah saudara tersebut.. Pulang agak lewat kerana kedua-dua belah pihak asyik berbalas pantun..

Isnin (27/1/2013)
Malamnya, aku dan arwah Mek bertolak ke Jitra.. ke rumah Su n Pak Su.. Perjalanan terasa begitu lama sekali.. Sebelum sampai Alor Star, kami terpaksa tukar bas.. Dah sampai di Stesen Bas Alor Star, sekali lagi kami trpaksa tukar bas sekali lagu utk ke Jitra... Kesian Mek.. 

Selasa (28/1/2013)
Lebih kurang pukul 7 pg, kami sampai di Taman Gemilang, Jitra. Hari tersebut, Mek x bagi Mak Su hantar Naufal (sepupu) ke sekolahnya.. Mek minta Naufal tinggal di rumah je.. Baru kami tahu yang hanya hari tu je Mek dapat main dengan Naufal.. . Asyik tidur je.. Malamnya, kami semua bertungkus lumus menyiapkan nasi kerabu yang Mak Su nak bawa ke pejebatnya.. 

Rabu (29/1/2013)
Esoknya, Mek sakit kaki sepanjang hari, Mek tak buat apa2 pun.. Terbaring je.. 
Malamnya.pukul 1 pagi, aku yang baru tertidur, terdengar Mek memanggil, "Asiah, Asiah".. Aku yang masih mamai terasa pelik.. Kenapa mek tiba2 panggil orang yang xde kt rumah tu ketika tu.. Aku pun bertanya "Kenapa Mek??" Mek jawab, "Mek nak muntah".. kelam kabut aku mencari plastik.. 

Alhamdulillah masa tu, Pak Su tak tidur lg, dia panggil Mak Su yang sedang tidur kt bilik atas.. Selepas Mak Su dah turun, aku sambung tidur.. Aku taw malam tu Mak Su langsung tak tidur.. Aku yang sekejap-kejap terjaga, asyik terdengar Mek meracau-racau
~ Mek :"Nuh tgk anak mung tu"
~ Mak Su : Sape mek??
~Mek : hok kecik mung tu la.. duk main pinggan..

Allahu Rabbi, masa tu aku ngan Mak Su sgt gelabah sbb Mek x pernah macam tu.. Sedih sgt rasa..

Khamis (30/1/2013)
Pagi2 lagi kami bersiap utk hantar nenek ke Hospital Jitra.. Sebelum pegi hospital Mek asyik bertanya, sape yg jaga rumah, beg dia kt mana, simpan la beg dia.. Sampaikan aku ngan Mak Su xtaw nk buat apa.. Sampai di Hospital Jitra, Doktor cuma bg sejarum ubat pening.. n biarkan Mek tidur sampai pening dia hilang.. Sayu hati je tgk Mek masa tu.. Mek tidur sampai dia rasa ok ckt.. Lps tu, kami blk, berehat kt umah plak..Dah balik rumah, aku, Mak Su ngan Mek sume tertidur dgn lenanya.. Naufal ngan Pak Su xde kat umah..

Sepanjang hari tu, Mek mmg tidur je.. Jenuh nk suruh bangun, nak suruh makan nasik.. sume tak nak.. Pening sgt katanya.. Malam tu, Mak Su call Mak kt umah.. cakap Mek tak sihat.. Mak Su dah ckp kt aku, kalau Mek tak OK lg, dia nk hantar kami blk kg hari Jumaat tu.. Masa call Mak, mek ckp sendri ngan Mak.. Mek minta Mak datang ambil dia kt Jitra. Dia nak balik rumah..

Jumaat (31/1/2013)
Mak dtg dr Kelantan ke Jitra... Mek duk meracau2.. macam2 benda yang Mek sebut. Aku ngan Mak Su dah risau sgt sbbnya kami ni tak tau pape... Org muda la katakan... Mak sampai rumah Mak Su dah lewat ptg.. Cik Yah(Asiah) pun ikut sama... 

Sabtu (1/2/2013)
Kami bertolak pulang ke Kelantan.. Sepanjang perjalanan Mek tidur je.. tp hari tersebut, keadaan Mek dah OK sikit.. Kami ingatkan akan bertambah baik... Tapi Allah jua yang menyusun Qada' dan Qadar kita...