Wednesday, 18 March 2015

Sahabat Itu Saling Menguatkan =D

 
 
 
 
       Sampainya hati awak nak tinggalkan saya awal daripada waktu yang sepatutnya. Siapa yang nak dengar segala masalah saya nanti? Siapa yang nak melayan segala permintaan pelik2 saya nanti? Siapa yang nak marathon muvie dengan saya nanti? Allahu. Saya masih terkejut dengan keputusan yang awak ambil ni, tapi saya harap keputusan yang awak ambil ni terbaik untuk awk. Moga Allah jagakan awak untuk saya. Ya, saya tau kita akan berpisah jua nanti, namun tidaklah seawal dan secepat ini.
 
        
       Awak sahabat saya yang sangat baik. Alhamdulillah, pelbagai kenangan yang mampu kita cipta sepanjang berada di sini. Kita pergi kelas tajwid sama-sama. Kita pergi Konsim sama-sama. Kita pergi program ilmu sama-sama. Kita pergi kursus kahwin pun sama-sama. Haha. Ajak awak pergi MSI secara tiba-tiba sebab stress, jalan kaki pulak tu. dah la jauh, sanggup je awak layan apa yang saya minta. Awak sentiasa cuba untuk ada bila saya perlukan awak kan? 
 
 
       Saya harap, persahabatan yang kita bina ini kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Dia. Kita bertemu di tempat yang penuh barakah ini, Moga kita akan berjumpa lagi di tempat yang barakah jua.  Saya mahu awak tahu, saya insyaAllah sentiasa ada untuk support awak. Apa-apa hal nanti, datang cari saya ye.
 
 
 
 

 
 
 
Friday, 5 September 2014

MUM ='(




Mum

By :  Farid Sanullah

Maa, the pain of carrying
All for my beginning
The tears the constant worrying

Maa, the first step that I took
My first gobbledygook
The first face I saw I was hooked

Sea of green, sunken ships
Treasure troves, lost and found
Skies of blue, rainbows end
Searching for that heart of gold

Maa, I ran away from home
And left you all alone
Maa, all alone to moan
All alone to moan and moan

Maa, whenever I should fall
And all I do is call
In no time, I feel ten feet tall

Maa, how deep your emotion
As vast as the ocean
Your love your absolute devotion

Maa, my happiness your wish
But I was so selfish
I lament what I should have cherished

Maa, what was your cost your price
For all your sacrifices
You deserve the Nobel Peace Prize

Rubies and pearls
Emeralds
Gold and diamonds
Jewel in the crown
Can’t replace your loving grace
Everlasting guiding light

Maa, not a day goes by
I think of the tears I made you cry and cry
Maa, your love will never die

Maa, the pain of carrying
All for my beginning
The tears the constant worrying

Maa, the first step that I took,
 My first gobbledygook
The first face I saw I was hooked. 


notakaki (note) : please buy the original CDs of Farid Sanullah
Friday, 22 August 2014

Bersahabat Hingga Syurga =D












Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas rahmatMU yang satu ini. Aku bahagia dikurniakan sahabat sebaik dan sehebat ini. Moga persahabatan kita membawa ke syurga. Moga kalian mampu menjadi saksi aku di akhirat kelak.. Sahabat2 yang sentiasa rindukan majlis ilmu.. yang saling menghebahkan jika ada majlis ilmu. Sahabat2 yang bersama2 berjalan kaki ke DSI, ke MSI, ke DC, ke N24.. Ketahuilah, sungguh aku sayang kalian dari dunia sampai akhirat.. InsyaAllah. 
 
Utk sem depan aku tidak mampu untuk bersama kalian. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, jumpa di sem akhir kelak.. Teruskan perjuangan ye. Sungguh, rindu ini selalu bercambah untuk bersama-sama kalian di bumi UTM terchenta nan barakah. 
NotaKaki : Rindu aura UTM Berselawat =D

#takziahMH17

 
 
Allahu Allah.. Sebak melihat gambar yg diambil sepanjang proses pengebumian mangsa tragedi MH17. Moga dikau tenang di sana. Sungguh Allah jualah yang menentukan semua perkara, pasti ada hikmah di sebaliknya. Perangan Allah itu yang terbaik. Usah risau. Kalian beruntung kerana meninggal pada bulan Ramadan, bulan penuh rahmat. Moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Kalian kuat sebab itulah Allah menduga kalian sehebat ini. Sungguh aku cemburu.
 
~ Ya Allah, Engkau rahmatilah roh-roh mangsa tragedi MH17 dan tempatkanlah mereka di tempat orang-orang yang soleh. Rahmatmu tidak terhingga. Rahmati jua kami yang hidup ini yang masih mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu. Limpahkan segala rahmat kurniaMu kepada kami semua. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang tak termampu untuk kami menghitung ~
 


 
 
Anak-anak mangsa yang masih kecil, duhai adik, kalian yang mampu terus-menerus menerangi kubur ibu/bapa kalian. Sentiasalah hantar doa kepada mereka. Moga kalian menjadi anak-anak yang soleh-solehah yang mampu membawa ibu bapa kalian ke syurga kelak. InsyaAllah. 
 
~ Ya Allah kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau memberikan ujian yang mampu dilalui oleh hamba-hambaMu. Kuatkan mereka, tabahkan hati mereka untuk meneruskan kehidupan ini untuk sentiasa menggapai rahmatMu agar mampu untuk tinggal di SyurgaMu kelak. Kuatkan kami dan kuatkan mereka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuat, maka berikan kekuatan kepada kami ~
Tuesday, 25 March 2014

#PrayForMH370

Innalillah hiwainna ilaihirojiun..
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.
Setelah sekian lama misi mencari #MH370 dilakukan, sekejap td, PM DS Najib mengumumkan bahawa #MH370 ended in Indian Ocean.. Allahu Rabbi, berlinangan air mata ketika menonton PC #MH370, aku yang hanya org biasa, tiada keluarga pun dalam pesawat tu x terucap perasaanku, apakan lagi perasaan ahli keluarga mangsa. 
Moga diberikan ketabahan hati untuk menerima perkhabaran ini. Allah lebih menyayangi mereka. 
Moga dipermudahkan juga urusan untuk meneruskn pencarian pesawat #MH370. 
Moga Allah permudahkan semuanya. 





notakaki : Namun di sudut kecil hati masih mengharapkan keajaiban. Kuasa Allah tiada siapa yang mampu sangkal. 
Saturday, 14 December 2013

Semester 20132014/1

Alhamdulillah, mgu dpn akan jd mgu last utk sem ni sblm masuk ke mgu study week yg akan bermula 21/12/2013.. dan kitorg akan exam masa hari tahun baru.. Jadual Exam :
1/1/2014 - Artificial Intelligence (AI)
2/1/2014 - English (Writing)
4/1/2014 - Computer Science Theory (CST/TSK)
12/1/2014 - Database Admin (DBA)
15/1/2014 - Intelligence Decision Support System (IDSS)
Fuh, moga Allah permudahkan. nmpk je mcm gap byk kn.. 9-10/1/214 kena settle kn projek AD (Application Development) yg xde exam.. mmg markah berdasarkan projek semata2..
Sblm nk ke study week pun, mgu dpn mmg pack habes habesan la
Isnin - submit Summary HBS ngan Assignment AI
Selasa - HBS discussion ngan DBA quiz
Rabu - Testing system AD
Khamis - Kelas AD je
Jumaat - Last class for English n present IDSS
lps tu baru blh bernafas sikit sblm start pulun study masa study week n x dilupakn utk siapkn projek AD yg super duper payah tu.. 
~ Moga Allah permudahkan segala urusan kami dan beri kami kemudahan utk menjawab final dengan baik. InsyaAllah..~
mota kaki : Sebelum balik kg, nk g taman syurga jap (majlis ilmu la)
Konvensyen Cinta Dambaan Syurga
jom2 daftar =D