Sunday, 8 April 2012
Sunday, 11 March 2012

Demo Penerangan KSSCM KTR

assalamualaikum...alhmdulillah demo penerangan KSSCM KTR telah diadakan pada 7hb Mac 2012 bersempena dengan pengambilam ahli baru... ak jd ajk teknikal je...enjoy d pics ya ^^
























Friday, 10 February 2012

the day after tomorrow...

Assalamualaikum….

Alhamdulillah sekejap td berkesempatan menonton the day after tomorrow…
Cerita yg mengisahkan ttg us dilanda ribut,taufan, banjir yg teruk…keadaan  yang x menentu yg menyebabkan ramai rakyat negara itu mati dan ramai yg berpindah ke mexico..menjadi pelarian di sana… cerita nya sgt menggerunkan… tp dicuba sedaya upaya utk menontonnya sehingga habis agar dpt mengambil iktibar….

~ New York membeku ~


Alhamdulillah ada iktibar yg dpt diambil… benda yg sgt2 terkesan ttg usaha yg dilakukan oleh keluarga Hall. Jack Hall, Sam Hall n d wife,a doctor.. Sam yg berada di Manhattan kerana menghadiri satu dekatlon,sedaya upaya menyelamatkan perempuan yg disayanginya bernama Laura…Sam dan kwn2nya,Brian n sap entah sorg lg tu..berusaha utk mendapatkan antibiotik @ penisilin utk Laura di sebuah kapal yg dihanyutkan hingga ke depan Perpustakaan Awam, tmpt mereka berlindung. Sedaya upaya mereka berusaha wpun terpaksa berdepan dgn serigala yg hampir2 menyebabkan mereka kehilangan nyawa…But they did it.. Sam juga sgt percaya dgn bapanya Jack yg berjanji akan menemuinya di New York City walaupun apa yang berlaku. Jack telah berjanji dengan Sam bahawa dia akan berjumpa dengan anaknya walaupun apa yang berlaku..Jack yang berada di Washington berusaha sedaya yang mungkin untuk menemui anaknya ditemani oleh Jason n Frank (semangat setia kawan yg tinggi)..tp di pertengahan perjalanan..Frank telah terjatuh ke dalam sebuah shopping complex yg dh ditimbus oleh salji…bagi mengelakkan keadaan menjadi lbh teruk, Frank mengorbankan dirinya agar kwn2nya dapat meneruskan perjalanan…dalam perjalanan tersebut,sesuatu yg x disangka berlaku…suhu turun dengan mendadak,iaitu menurun setiap 10 saat.. ini menyebabkan keadaan boleh membeku secara serta-merta…Jack yg sedang berjalan dgn Jason (Jason x blh berjalan,dibawa oleh Jack) berjaya masuk ke satu tempat(mgkn bangunan utk melindungi diri mereka dari membeku secara tiba2 disebabkan oleh suhu yg turun sedara mendadak. Begitu juga Sam dan kwn2nya yg sedang berusaha mendapatkan ubat utk Laura. Ketika mereka dalam perjalanan utk pulang ke Perpustakaan Awam itu…suhu telah menurun secara mendadak… nasib menyebelahi mereka sbb mereka sempat sampai ke tmpt perlindungan mereka sblm mereka dibekukan oleh suhu yg terlampau sejuk.. Berbalik kpd Jack, setelah dia terjaga esok pagi..keadaan telah kembali ke sedia kala… lalu dia dan Jason berjalan utk mencari Sam di perpustakaan awam… pada awlnya mereka menyangka bahwa Sam tidak terselamat disebabkan perpustakaan itu telah ditimbus oleh salji yg tebal… Tetapi dengan tidak berputus asa, Jack dan Jason masih mencari Sam dan kwn2nya di sekitar perpustakaan tersebut…nasib menyebelahi mereka..dan itu ketentuan Tuhan yg menetapkan mereka masih hidup di ketika itu...


~ Sam Hall ~



~ banjir yg melanda new york ~


kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu berusaha sebaik mungkin wpun peluang hanya tinggal 0.00001% (bak kata Hilal Asyraf)..

sepertimana sabda Rasulullah saw....

"Jika berlaku Kiamat sedangkan di tangan kamu ada benih, maka jika sempat sebelum

 Kiamat itu berlaku, maka tanamlah benih itu."

Hadis riwayat: Bukhari.



^_^  xsangka dpt tulis sinopsis sepanjang ini..hehehe

Tuesday, 31 January 2012

Qaisara Batrisya

asslamualaikum...da lama x menaip..ari ni tiba2 ase gatal tangan nk menaip plak...

dr ari sbtu mgu lps..ak ad kt umah mek(nenek) ak ni...sblm ni mak su ak ad...smlm dia dh blk phg da...

eh3..sblm tu mesti tertanya2 sape empunya name "Qaisara Batrisya" ni kan???? action je ak ni...  qaisara tu sepupu ak..baru je lahir 20Januari2012 ari tu..da lama ak xpeluk baby..rindu pulak..hehehe...ok da lepas rindu la tu ye..





ni la empunya nama tu..hehehe

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mgu depan ak akan ke putrajaya plak...kena jd babysitter jap beb...huhuhu..xsbr nk jupe naufal...rindu la kak nk jupe naufal...hehehe..mgu depan..haru la ak nk jaga dia..da la selalu nangis...


Wednesday, 25 January 2012

Teman Baru...

Assalamualaikum w.b.t...

alhmdulillah pada 20.01.2012 aku da beli kamera baruuuuuuuuuuuuu... yuhuuuuuuuuu... tp melayang la jgk 600 hingget ak... nasib baik lg 200 hingget ayah aku tolong top-up kn..kalu x...mau puasa aka masuk sem depan hahahaha... ni kamere nya...
smart idok teman baru ak ni???? hahaha...sayang wei...melayang 600 hingget tu...cik nokia 3500c ak tu pun ayah ak yg bagi...ni beli guna duit sendiri( duit sendiri ke????opkos la cik PT..hehe) lg la ak sayang..hehehe...

namenye : sony wx7 brand jepun.... ayh ak yg x mo brand china..kena la melabur lebih ckt duit tu... ap x nya,henpon ok tu dh x ok...dh x ley nk amik gambor...xde ase nk sembur je...tp ayh ak ckp biasa la tu..brg lama...btl gak...da 4 taun lebey benda tu duk ngan ak...lg2 duk ngan ak...gunanya lasak skt...sabor je la ye...hehehe...

nati masuk sem nk beli printer lg...semput ak nk cover duit2 ni sume...yuran katanya kena byr duit sendiri...taun 2 baru cik PT yg potong terus... mmg kena guna duit sndiri dlu la...sempat ke over eh...dlm bank ada lbh kurang 2 je lg duit tu... arap2 cik PT masuk awal la ye sem depan....

cepat bebenor nk pk sem depan..result sem ni belum kuar lg...takot wo0o0..katanya kawan 26hb ni blh check result...agak2 mcm mane ye result...takut ni.... arap2 ok la ye... yg sempat tgk ari tu ... ad la A sebijik... yg lain xtaw la...mohon2 xde yg fail...xmo repeat paper...waAaAaAa ....

haaaa...lg 1 berita hangat utk bulan ni...hehehe...ak dpt kazen baru...baby gurl..name masih dalam pertimbangan...cewah...mcm nk letak name anak dah tu...hehehe...
Wednesday, 11 January 2012

mood.....^_^

assalamualaikum....

huhuhu..tgh mood jiwang skrg nmpk gaya...hahaha..asyik duk layan lagu Amani-Amar ja...teruk sungguh...
xtaw la nape..asyik layan perasaan je kejenya...mcm exam PT da lepas...hahaha...teruk la afi ni...
sabor2..ad jodoh x kemananya...

untuk dpt orang sebaik dia, aku perlu la jadi org sebaik dia kn... tp sgt2 terkejut ari tu ak ad istikharah..tiba2 mimpi ada org datang umh....ntah la ati aku kuat mengatakan dia...tp ak xtaw..hanya Allah yang Maha Mengetahui.. apa yang baik dan apa yg x baik utk aku... tp aku kerap kali doakan dialah jodohku....namun siapalah aku nk melawan takdir Ilahi...

Allah andai kata dia milikku,dekatkan dia denganku. Andai kata dia bukan milikku..tenangkan hatiku untuk menerima ketentuanMu ini... dan tabahkan hatiku menerimanya krn aku hanya insan yang lemah ya Allah..

:) Boleh jadi apa yang kamu suka, tidak baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa (Al-Baqarah)






Doa Seorang Kekasih

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.




Sumber http://www.hijjaz.com.my
------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri