Monday, 31 December 2012

Kurangkan =)






Sayidina Abu Zar R.A berkata, 'Saya telah pergi berjumpa Rasulullah SAW lalu saya berkata, 

"Wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya." Baginda bersabda, "Dalam kebanyakan masa 

hendaklah kamu berdiam diri (jangan berkata-kata tanpa keperluan), perkara ini akan 

menjauhkan syaitan dan akan membantu menguatkan kamu dalam urusan-urusan agama." 

Beliau berkata lagi, "Tambahlah lagi untuk saya." Baginda bersabda, "Elakkanlah diri 

daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan 

nur di wajah."


(Hadis Riwayat Baihaqi)






Sunday, 23 December 2012

Sayang ???


S.A.Y.A.N.G.

Sayang,ada yang senang meluahkannya..tp bertentangan dgn sifat..

#1 Saya syg ayah saya : Tp masih keluar rumah x tutup aurat.
#2 Saya syg mak saya : Tp belajar main2 (yg ni ai terasa)
#3 Saya syg agama sy : Tp selalu lewatkan solat
#4 Saya syg Nabi Muhammad saw : Tp sunnahnya selalu kita tinggal


Jadi, mana fungsinya kita mengungkapkan kata sayang tersebut..hanya sekadar luahan rasa..hanya di bibir saja(ai bermadah helah gitu yu)..

Aku ni jenis yang x pandai nk luahkan rasa syg tapi insyaAllah blh menunjukkan rasa syg tu.. Aku syg keluarga aku, aku sayang mak ayah aku..aku syg abang, adik2 aku.. aku sayang kawan2 aku..

Aku nak kita sama2 berkampung di SYURGA yang abadi kelak.. Aku sendiri xtaw sama ada aku akan ke sana atau mungkin akan tercampak ke neraka Allah (nauzubillah).. Jadi sama2 kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt dengan......

1. Jom solat awal.. Kalau dapat berjemaah lagi baik

2. Jom baca Al-Quran ..Tadabbur sama lagi baik (baca tafsir)

3. Jom baca buku2 yang boleh meningkatkan iman kita.. Kurangkan baca benda yang tidak berfaedah
 (ai sendiri pun sedang mencuba)

4. Jom kita berukhuwah... Makan bersama-sama,beriadah bersama-sama..tgk movie yg berfaedah sama2.. InsyaAllah kemanisan ukhuwah itu kita kan rasa..

5. Jom berusaha bersama-sama.. orang yang nak berubah, perlu mencari orang yang mampu memimpin tangan bersama-sama ke arah kebaikan..jika kita hanya berseorangan, kita akan mudah terjatuh dan tiada yang mampu membantu kita untuk bangkit kembali...











bebelan : sebenarnya rindu kampung halaman ni..huhuhu..



Saturday, 22 December 2012

#2 Kalam Ilahi







Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara

 satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa (45:67)





Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan SABAR dan 

SOLAT. dan solat itu sungguh berat kecuali bg org2 yg 

khusyuk (2:45)





Tuesday, 18 December 2012

#1 Kalam Ilahi







‎~ Dan Kami berikan kepada Musa, Kitab (Taurat) dan Kami jadikannya sebagai petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman), "Janganlah kamu mengambil (pelindung) selain aku, 

(Wahai) keturunan orang yang Kami bawa bersama Nuh. Sesungguhnya dia (Nuh) adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur." 

Dan Kami tetapkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu, "Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar" 

(Surah Al-Isra' 17 : 2-4) ~






Friday, 14 December 2012

ZIKIR DALAM SATU MINGGU UNTUK MENSUCIKAN HATI DAN JIWA




ISNIN – LAHAULAWALA QUWATAILLA BILLA HILLA’LI YUL AZIM
Bila diamalkan akan menghilangkan perasaan takbur, riak, sombong dan sifat ,mazmumah. Sebut sekali pahalanya sebesar Bukit Uhud

SELASA – ALLAHUMASALIA’LAMUHAMMAD A’BDIKA WARASULIKA NABIYI UMIYYI
Bila diamalkan selalu akan menghapuskan dosa kita setahun dan mendapat syafaat Nabi Muhammad saw pada Hari Kiamat

RABU – ASTAGHFIRULLAH HAL A’ZIM ALLAZI LAILLA HAILLAHUALYUL QAYYUM WAATU BUILAIH.
Bila diamalkan selalu akan menghilangkan titik hitam yang selama ini mengotori hati dan jiwa. Sekali sebut maka hilanglah satu titik hitam.

KHAMIS – SUBHANALLAH HIL A’ZIMIWABIHAMDIH
Bila diamalkan akan terhapus segala dosa kita sebanyak bintang di langit dan buih di bumi

JUMAAT – YA ALLAH
Akan menghampirkan diri kita dengan Allah jika diamalkan selalu

SABTU – LA ILLAH HA ILLALAH MUHAMMADAR RASULULLAH
Zikir ini akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa dalam ketenangan, lapang dan tenteram.

AHAD – YA HAYYU YA QAYYUM
Allah akan sentiasa memelihara kita dari melakukan perkara yang mungkar.
Tuesday, 4 December 2012

Final Version 2



rajin x i menconteng test pad, nk wat jadual final..

patutnya tajuk, 'Sepetang Melukis Jadual Final'..hewhewhwe... saje nk mensemangatkan diri agar prepare utk final gitu..tu dia aih..hahaha




tadi jadual version taip, ni version 'tulis tgn'