Friday, 15 February 2013

Ilmu Yang Bermanfaat




 Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya

 kecuali tiga perkara : sedekah yang pahalanya selalu mengalir

 (sedekah jariah), ilmu yang bermanfaat serta anak soleh yang 

selalu mendoakan"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



notakaki : moga kita semua mampu menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menjadi anak soleh yg mampu mendoakn ibu bapa..

UTM Berselawat =)


Alhamdulillah...syukur je hadrat Ilahi, Pihak UTM akan mengadakan program "UTM Berselawat"  bermula 18-24 Februari 2013... Syukur2 Ya Allah.. Pastinya ramai perindu2 Syurga menantikan saat ini....

Jom lapangkan masa dengan menghadiri majlis yang penuh baraqah ini insyaAllah..



Tentatif Penuh Program










Antara Personaliti yang hadir :
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Ustaz Ghazali Ibrahim
IM Asyraf
IM Hizbur
Ustaz Don Daniyal
Ustaz Fauzi
Ustazah Asni

Penampilan Khas :
Hafiz Hamidun (Zikir Terapi)
Al-Mawlid

notakaki : cuba sebaik mgkn nk hadiri pgrm ni.. Moga Allah Izinkan.. Ameen
Monday, 11 February 2013

Rindu Bertamu


Hari Khamis yg lps, nenek tercinta (belah mak) telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini...
Alhamdulillah dia pergi dengan tenang, bersyukur sgt sbbnya dapat jaga dia semasa dia mula2 sakit.. cuma masa dia menghembuskan nafas terakhir, ak xde di sisi dia sbb masa tu dia dlm ambulan, dlm perjalanan blk ke rumah dr hospital..

sehari sebelum Mek (nenek) meninggal, seharian aku bersama Mek di Wad 8 HRPZII... mlm sblm Mek meninggal, kaki dia dah sejuk,dah biru dah.. Hati dah mengagak, Mek akan pergi meninggalkan kami bila2 masa je... Sblm blk umah malam tu, aku dah redhakn dia pergi...

Dan alhmdulillah juga, masa dia dlm perjalanan nk blk ke rumah (masa tu dia ada lagi) mak su mitak kami2 baca surah Ar-Ra'dhu.. untuk memudahkan perjalanan Mek ke alam sana.. sempat juga aku membacanya...

Bila mana ambulan sampai di rumah, kakitangan hospital (doktor kot) yg mengiringi mengatakan, mgkn pesakit dah xde, cuma dia nk pastikan sepastinya je.. Allahu Allah, gugur jantung.. Apabila telah disahkan Mek telah tiada, hanya Allah yg tahu apa perasaan aku..

Namun aku gembira karena : 
1. Anak2 Mek dah ade semasa saat kematiannya.. semuanya sempat jaga Mek di hospital
2. Mek meninggal hari Khamis, Alhmdulillah malam pertama Mek di alam sana, malam Jumaat
3. Mek sakit cuma seminggu.. Mak sdare ckp, Mek xnk susahkan anak cucu dia
4. Mek putih sgt masa kami mandikan dia...

Aku senang ya Allah.. Moga Kau tempatkan Mek di tempat org2 yang soleh.. Amin






notakaki : rindu Mek sgt2.. Moga nanti, akhir hayat, mak ayah, aku juga mampu jaga mereka spt mana ak jaga Mek.. InsyaAllah

1st day


Alhamdulillah pagi td selamat sampai di UTM terchenta(cinta ke??hehehe) utk memulakan sesi 201220132 - sem 2 utk taun 2-

InsyaAllah, doakan yg terbaik ye utk sem ni.. dan jgn pernah penat untuk meminta pertolongan dr Allah swt krn hanya Dia yg mampu memberi kekuatan kepada kita...

pagi ni ade 1 benda yg menandakan, sem ni aku akan teruji lagi.. Allahu Allah, kuatkan aku.. berikan aku kekuatan ya Allah.. sesungguhnya aku insan yang lemah...



notakaki: da lama x menaip..kelu lidah xterkata..
Monday, 31 December 2012

Kurangkan =)






Sayidina Abu Zar R.A berkata, 'Saya telah pergi berjumpa Rasulullah SAW lalu saya berkata, 

"Wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya." Baginda bersabda, "Dalam kebanyakan masa 

hendaklah kamu berdiam diri (jangan berkata-kata tanpa keperluan), perkara ini akan 

menjauhkan syaitan dan akan membantu menguatkan kamu dalam urusan-urusan agama." 

Beliau berkata lagi, "Tambahlah lagi untuk saya." Baginda bersabda, "Elakkanlah diri 

daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan 

nur di wajah."


(Hadis Riwayat Baihaqi)






Sunday, 23 December 2012

Sayang ???


S.A.Y.A.N.G.

Sayang,ada yang senang meluahkannya..tp bertentangan dgn sifat..

#1 Saya syg ayah saya : Tp masih keluar rumah x tutup aurat.
#2 Saya syg mak saya : Tp belajar main2 (yg ni ai terasa)
#3 Saya syg agama sy : Tp selalu lewatkan solat
#4 Saya syg Nabi Muhammad saw : Tp sunnahnya selalu kita tinggal


Jadi, mana fungsinya kita mengungkapkan kata sayang tersebut..hanya sekadar luahan rasa..hanya di bibir saja(ai bermadah helah gitu yu)..

Aku ni jenis yang x pandai nk luahkan rasa syg tapi insyaAllah blh menunjukkan rasa syg tu.. Aku syg keluarga aku, aku sayang mak ayah aku..aku syg abang, adik2 aku.. aku sayang kawan2 aku..

Aku nak kita sama2 berkampung di SYURGA yang abadi kelak.. Aku sendiri xtaw sama ada aku akan ke sana atau mungkin akan tercampak ke neraka Allah (nauzubillah).. Jadi sama2 kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt dengan......

1. Jom solat awal.. Kalau dapat berjemaah lagi baik

2. Jom baca Al-Quran ..Tadabbur sama lagi baik (baca tafsir)

3. Jom baca buku2 yang boleh meningkatkan iman kita.. Kurangkan baca benda yang tidak berfaedah
 (ai sendiri pun sedang mencuba)

4. Jom kita berukhuwah... Makan bersama-sama,beriadah bersama-sama..tgk movie yg berfaedah sama2.. InsyaAllah kemanisan ukhuwah itu kita kan rasa..

5. Jom berusaha bersama-sama.. orang yang nak berubah, perlu mencari orang yang mampu memimpin tangan bersama-sama ke arah kebaikan..jika kita hanya berseorangan, kita akan mudah terjatuh dan tiada yang mampu membantu kita untuk bangkit kembali...











bebelan : sebenarnya rindu kampung halaman ni..huhuhu..