Saturday 14 December 2013

~Penguat Memori~



Dulu saya selalu pening sebab memori saya lemah dan tak boleh fikir banyak nanti kepala saya sakit yang amat sangat sebab saya ni ade migraine...

Jadi saya pun utarakan masalah ni kepada syaikh saya untuk meminta "ubat" daripadanya....

Beliau ajarkan saya sesuatu yang sangat bermakna yang mengubah diri saya lepas tu. Amalan yang beliau ajarkan kepada saya ialah:

1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.

2) Banyakkan makan kismis,badam,kurma dan jangan makan kepala ikan,kepala udang,organ dalaman,jajan,coklat,keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyat,minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat.

3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur,makan,minum,masuk tandas,dalam tandas,belajar dan sebagainya.

4) Yang terpenting,amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali,kemudian baca astagfirullahal'azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga,kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: " bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib 'Annil Hamma wal Huzna.." , kemudian selawat 3X dan baca "Ya Qowiyyu " 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita...

Alhamdulillah sejak amal benda ni bermula beberapa tahun lalu hingga sekarang, Allah telah berikan kecerdasan fikir dan memori yang kuat dan juga sembuhkan migraine tu...

Jadi sangat lah berbesar hati untuk saya kongsikan bersama dengan korang amalan ni...yang penting,mesti istiqamah..yakin sungguh-sungguh bahawa Allah Maha berkuasa untuk buat apa sahaja sebab Allah lambat kabulkan doa orang yang dalam hatinya ada kebesaran makhluk (apa-apa selain Allah),tetapi orang yang dalam hatinya cuma ada Allah,Allah akan kabulkan doanya sebelum dia angkat tangan untuk berdoa dengan izinNya...

Nota: Mengikut syeikh saya, amalan ini merupakan amalan warisan yang diajarkan kepadanya oleh Qutbul Aqtab Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi Rahimahullah,seorang wali qutub yang sangat hebat hubungannya dengan Allah dan Rasul...






from - Ya Allah Selamatkan Saudara Kami Di Gaza




0 comments:

Post a Comment